Hujan turun lagi...
layan lagu-lagu Zee Avi..syok jugak time2 hujan begini..
sejak hujan turun dan trainning .NET selesai, aku selalu menyamar beruang kutub. Rumah gelap sejuk beku bagai kat banjaran himalaya. kalau x tidur, nanti menyesal bisik hati kecil ku. Hujan rahmat ke ni?? mereka bertanya. Aku membetulkan posisi dudukku..ya..Hujan Rahmat..Hujan Rahmat di Nagasaki.
TOLONG!!!!(3 kali jeritan dengan frekunsi yang sama) aku dah gila!!!! aku terlalu bosan dan tersangat Boring!! macam2 benda dah aku cuba lakukan. contohnya:
- mengUPDATE lawak yang menyebabkan ramai yang blurr dan konpius.
- mengoreng nasi goreng yang dibungkus dari kedai makcik, sambil menyamar chef popular.
- mencari baju untuk disidai, sambil berangan membuka kedai cookies dan aiskrim yang ternyata takda kaitan langsung dengan aktiviti sidai baju.
- aku juga telah membuat senarai benda2 penting yang perlu di beli sem depan. tapi semua benda2 penting tu...tak penting!!!!
- dan aku juga..perlu ke nak bagi tahu kome sume apa yang aku cuba buat??? dll..
aku sebenarnya boleh lakukan aktiviti lain yang lebih sihat dan berilmiah..tapi aku tak nak..aku yang rugi..bila lah aku nak berubah..+_+
Aku juga tengah keliru dan nervous.. well..something happen!! pernah tak handphone korang buat hal..tak dapat call, tak dapat hantar mesej..aku mengalami tragedi yang sama!!! cuma tragedi yang menimpa diriku sedikit berbeza....ergggkk..saaangat berbeza kot..sebab aku dah lama tak dapat mesej dan dah lama tak da orang call..mula2 memang aku agak terkejut..tapi bila neuron2 dalam kepala otak aku mula berhubung baru aku sedar..aku takda boypren!! dan keluarga cuma kol sekali seminggu..huishh~~ aku memang sangat tak popular..dah jelas sekarang...+_+ nasib baik aku tak call celcom service center..maki hamun dorang tak tentu pasal...mengeluh~~
i guess...that's a story of Nagasaki and me..