Friday, March 25, 2011

Memoria..OH TIDAK!!


Aku yakin korang jugak pernah mengalami diarrhea jika terkenang kembali zaman2 lampau yang sungguh sukar untuk didelete dari database memori korang..kan? Aku pulak antara manusia yang terkadang clumsy dan otai kerana mempunyai memori yang boleh di jadikan sumber ketawa disaat-saat kesedihan dan kemeranaan..+__+ Antara peristiwa berikut adalah seperti dibawah:-

1) TERJATUH di Kafe Siswi (KML) time orang tengah berpusu-pusu makan, dah lah jatuh gaya sujud menyembah bumi sambil bersyukur pada yg esa, semua mata tertumpu kat aku!! Malu nya hanya Fikrie dan Darren jer yang tahu, sebab dOrang cepat2 melarikan diri dari tempat kejadian!!! Namun aku tetap bangun dengan bangga sambil mengatakan "saya okay..dan saya masih hidup" semua kembali mencedok nasi kemulut...sambil ketawa...aku terus berhijrah ke timur leste malam tu jugaK!

2) TERSALAH SCAN KAD MATRIK!!!!! okay..nampak sangat aku jarang ke kelas, lalu mendapat balasan pada hari tersebut. Lima minit kot mencari sinar harapan kat depan bilik kuliah yg lampu depan jer menyala..lecturer terpaksa berhenti mengajar seketika demi menyuntik kata2 semangat kepadaku, diselangi hilaian ketawa dari rakan sekuliah. Hari tu dihabiskan dengan sesi menyesali kebodohan diri...

3) DIKEJAR ANJING DURJANA!!!! aku dan roomate mengantuk nauzubillah pagi tu! dengan langkah longlai kami ke Kafe untuk membeli makanan sahur...tiba2...sekumpulan anjing liar datang menyerang...maka terSEGAR lah aku dan beliau...seolah-olah dicocok adrenaline setangki...kmi dengan gaya marathon berlari disekeliling tempat letak kereta..bebudak surau yg kebetulan ada kat area2 tu pulak ketawa seolah-olah menonton rancangan spontan di astro ria.... Nasib baik ada insan mulia pegi shuuhhh Anjing2 tu...maka selamatlah kami pagi tu~!! walaupun berita dikejar anjing menjadi isu panaz di kelas2, lab2 dan tutorial2 berdekatan....T_T

4) RANTAI MAKANAN!!!! sedang makan jambu, aku telah bersiar-siar di pekarangan rumah felo asrama yang kebetulan pensyarah biologi demi menanti sahabatku sebelum kami bergerak ke bilik masing2..T__T aku dengan suara ning baizura terus menyanyi riang akan lagu "BANGAU OH BANGAU". Oleh kerana terlalu asyik menikmati jambu yang sejuk lagi sedap itu aku telah tersalah lirik!!! **bangau oh bangau kenapa engkau kurus? macam mana aku tak kurus, rumput panjang sangat..rumput oh rumput kenapa panjang sangat? macam mana aku tak panjang, ikan tak timbul2..** 


Biologi awak dapat berapa???!!!! sergah En. syaril merangkap felo asrama dan kebetulan pensyarah BIO..beliau juga merupakan ajk kelab ERT suatu masa dulu, pernah dianugerahkan darjah kebesaran semasa darjah satu @__@ Aku yang terkejut hypopotamus itu terus menjerit, dan hampir tercekik jambu!! En syaril...terima kasihlah...kataku dengan nada sebak +__+ Dahlah makan berdiri, rantai makanan pun salah..macam manalah nak jawab soalan BIO kalau benda basic pun dah boleh salah..En syaril menyampaikan khutbah senjanya dihadapan aku yang masih batuk2 mengeluarkan serpihan jambu tadi..kalau apa2 berlaku kat aku hari tu...aku akan dakwa En syaril di bawah akta sergahan merbahaya di bawah kanun kesengsaraan!!! 








*Mengeleng kecewa...itu saja buat waktu ini...SEKIAN*