Tuesday, January 19, 2010

I want it tooo!!!!!! Wo yao!!! Wo yao!!!! ROCKPITT !!!

Azu....
awak tahu tak!!! saya menyampah sebab awak dapat bahagian panas untuk konsert SUJU nanti!!!! saya tak boleh pergi!! kalau saya pergi..saya tidak mampu balik sarawak untuk melakukan Latihan Industri!!! Dan balik ke sini lagi untuk bergraduasi..Kenapa ini harus terjadi kepada diri saya wahai Azuwa Othman T_T


Kimbumm Oppa..percikkanlah peluh jantanmu ke wajah gadis kecil bernama Azu itu...!!!! biar dia lemas dalam kandungan MSG dalam peluh jantanmu itu...hahahhahah..+_+ semoga happy Azu!!! baling botol mineral untuk saya Azu..baling ke arah Kyuhyun..sbb dia sangat sedap!!!! *apakah maksood*
















Monday, January 18, 2010

Cinta Pergi....



kenapa menipu..?? 
kenapa tak nak terus terang...??
kan lebih senang..
biar sakit sebab tahu kenyataan.. 
bukan sakit sebab tahu kebenaran..


kenapa nak cari alasan...
tak nak lagi teruskan..
sebab kalian tak sama haluan...??
sebab nak kejar pelajaran...??
sekadar alasan nak tagih kasihan..


wahai teman..
punya hati dan perasaan..
sudahlah berhenti dari menyakitkan...
segalanya nyata sudah terbuktikan..
demi bahagiamu..
sanggup kau dustakan...




Teman...
yang memungkiri,
ya...
Kau tidak pernah bersalah,
Kau hanya kalah dengan perasaan mu,
Bagaimana harus kau halang CINTA itu dari terus Mekar..?
Kau hanya Insan biasa..
Kau Adam yang Sentiasa mendambakan Cinta Si Hawa..


Tapi...
Bagaimana pula Hati dia yang telah kau Guris..
Kau beri Harapan..
dan kau juga yang menghancurkan...
Jawablah wahai teman yang memungkiri..
jawablah sendiri..
kerna aku tidak mampu lagi..
melihat dia disakiti untuk kedua kali..




Temanku...
Yang Memahami..


maafkanlah dia...
Mungkin..Cintanya bukan Untukmu..
Biarlah dia Bahagia..
jika benar kau Mencintainya..
aku yakin temanku..
Kau mampu hidup tanpanya...
Dulu Kau telah Bisa menerima kepergiannya
walaupun alasannya buat kau sendiri terluka..
berhentilah dari bermimpi..
Simpan saja pemberiannya usah kau tenung lagi..
mengapa kau berdiam diri..??
Menanggislah wahai temanku..
menanggislah..
menanggislah jika itu yang bisa buat kau bahagia..
biar kepedihan itu pergi bersama air mata..
biar nanti kita mampu warnai pelangi
hari-hari kita...
ambil masamu temanku..
aku akan sentiasa menunggu...






Suatu hari nanti....jika kalian bertemu...
katakan padanya...


Teman ku yang memungkiri:
wahai insan yang pernah aku sayangi..
carilah kebahagiaanmu..
......
kau terlalu baik untuk lelaki seperti ku..
bagi setiap kesedihanmu,
bagi setiap derita yang ku beri padamu..
apa saja... 


maafkanlah aku....


Temanku Yang Memahami:
wahai insan yang pernah aku cintai..
cintamu bukan untukku 
tapi untuk dia..
jika bersamanya buat kau bahagia..
maka aku rela..
pergilah kau bersamanya..
jangan kau sakiti dia..
..................
Kau lelaki yang baik...
sepanjang kita bersama..
aku pernah bahagia...
aku pernah rasai cinta..
sedetik bersamamu buat hari-hariku ceria...


Kerna itu..aku memaafkanmu..






:::THE END:::















Friday, January 1, 2010

Remember Me?

What if you woke up..
and your life was perfect..??


Hari ni 1 Januari 2010, 
Dan semalam 31 Disember 2009..
 Semalam dah jadi sejarah..
hari ini adalah hadiah..

akankan sejarah lalu berulang kembali??
atau kita kembali mengulang sejarah..??
biarkan waktu jadi penentu
percaya pada yang Satu
kita hampir ke situ..


wah!!!!! mengancam seh ayat aku!!! erkk..bah..sebenarnya aku baru membaca sebuah novel cinta berjudul "REMEMBER ME" by Sophie Kinsella....ceritanya memang best sesangat!! aku sanggup meninggalkan buku Pattern Recognition in INdustry aku demi Novel ni.. (sbnrnya aku memang kurang berbakat dalam menelaah buku2 berkaitan pelajaran..paham2 lah yer) bagi korang yang rasa2 nak memahami apa maksud hidup ni..tetapi tak nak susah-susahkan diri sendiri, maka eloklah korang membungkus diri korang dengan kain kapan sekarang..kerana dalam dunia ni takda benda yang boleh didapati sewenang-wenangnya..


Lexi gadis cantik yang memiliki segalanya..namun Lexi sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..bagai jatuh ditimpa kuda Lexi disahkan menghidap Amnesia..Sedih.. bila dunia tidak lagi memihak padanya..bacalah..iQra'..best citer ni...menginsafkan dah lah romantik~~


kay laaaaa...Happy new year semua..jangan sia-siakan masa muda anda dengan buat pekara2 tak sihat..jagalah hati..jangan kau mungkiri..akhirkata.....




Life doesn't hurt... 
until you realize about how much things have changed, 
who you've lost along the way, 
and how much of it was your fault


Will Lexi ever Remember..???? What will Happen if she does??




-Remember Me-