Sunday, October 16, 2011

Monolog Cinta, Luna Astrea

“ Memang sah! Kau dah jatuh cinta.” Kata-kata Jastina Bibah teman baikku, betul-betul buat aku tak senang duduk. Pandai-pandai jer si bibah ni. Memanglah aku selalu rindu kat dia, suka cerita pasal dia, dan kadang-kadang suka skodeng dia, tapi tu tak bermakna aku dah jatuh cinta pada dia! Betul tak?




By the way, kenalkan… aku Luna Astrea. Just in case, ada yang tertanya-tanya apa objektif papa dan mama bagi nama Luna Astrea pada aku. Jawapannya, aku tak pasti. Yang aku tahu, nama Luna diambil sempena kemunculan anak bulan yang comel, pada malam aku dilahirkan. Manakala  Astrea pulak, papa bagi sebab itu adalah nama cinta pertama dia masa menuntut di UK dulu.  Di jadikan cerita, hari ni genap umur aku 23 tahun, Tak sangka, dah tahun terakhir aku kat Lim Kok Wing. Sepanjang menuntut di sini, inilah  kali pertama  dalam sejarah, aku ada perasaan kat seseorang. Baru sekarang? Aku gila ke apa?


Segalanya bermula, lepas kelas bisnes disuatu petang yang indah permai. Zack lelaki yang tak pernah kenal erti  malu cuba nak buat sesuatu yang tak senonoh pada aku. Nasib baik insan yang kacak lagi gagah tu sempat halang perbuatan terkeji Zack.


“ Bro….kalau ye pun dah tak tahan. Janganlah buat kat tempat kita menimba ilmu ni.” Zack yang terkejut dengan teguran itu terus berdiri. Aku kat tepi, masih menangis ketakutan.


“Kau siapa nak menyibuk! Ni teman wanita aku, dan tempat ni aku bayar, suka hati akulah nak buat apa pun!” Tengking Zack bangga. Entah bila aku jadi teman wanita dia pun aku tak tahu. Buat jatuhkan imej aku je, si muka kapcai ni.


Sedang mereka rancak bertikam lidah,  Zack tiba-tiba menganas. Entah apalah yang si kacak tu kata sampai Zack boleh meroyan macam tu sekali. Tak jelas sangat bunyinya, mungkin sebab aku terganggu dengan ketampanan beliau ketika itu. Yang penting, aku nampak dengan jelas, tubuh, ala-ala sekeping Zack melayang ke udara sebelum terjelepok kat lantai, exactly…depan kaki aku. Lepas peristiwa tu, Zack dah tak berani kacau aku. Papa dan mama dah jumpa Dato Khalid ayah Zack, atas urusan saman menyaman. Las-las, minggu lepas, Zack berhenti belajar. Ingatkan sebab aku, rupa-rupanya dia berhenti sebab nak kahwin. Dengan janda anak tiga merangkap pensyarah disebuah IPTS yang agak popular. Hebatkan.. Zack?


Berbalik kepada fokus utama. Oleh kerana dah tak keruan menanggung rindu yang diserenjangkan dengan perasaan ingin tahu , aku telah mengupah penyiasat-penyiasat terlatih dari kalangan kaki gosip untuk siasat siapa kah jejaka yang telah menyelamatkan maruahku dari ternoda oleh Zack. Tunggu punya tunggu, akhirnya aku dapat maklumat yang aku nak dari Mikki Ninnaj, presiden persatuan poret-poret kawasan lembah klang dan putrajaya.


“ Darl…ini maklumat yang u nak tu! Siap dengan gambar 4R lagi I kasi.” Dengan gaya gedik, yang dibuat-buat Mikki Ninnaj atau nama sebenar, Jamilah Nijah binti Baharom menghulurkan sampul surat kuning kepadaku. Lengkap. Aku benar-benar impres dengan hasil kerja Mikki Ninnaj. Setelah memberikan bayaran berupa seutas gelang mutiara yang berharga lebih 3K, aku seludup dari kedai mama, aku cepat-cepat beredar dari situ. Tak sabar rasanya nak mengenali ‘Prince charming’ aku. Belum pun jauh aku melangkah, aku sempat menangkap perbualan telefon Mikki Ninnaj dan ibunya.


“Ye mok, bakpo talipong? Milah doh kabo doh kang jangan salu sangak talipong?” Kus semangat! Orang Terengganu rupanya. Cakap ngan aku tadi bukan main lagi dengan slang KL pekat. “Ye mok, Milah tahu…isok Milah beli, mok ni pung!  Milah nok kencheng doh ni, nok gi toileq jaq. Mok tok soh talipong Milah, nanti Milah sendighi talipong Mok.” Takpe Mikki Ninnaj… aku faham. Aku tahu yang kau cuma nak beradaptasi dengan dunia yang serba ke’KL’an ini.


Malam tu… dengan gaya ketua polis negara, aku telah memulakan siasatan ke atas suspek kes curi hati. Cayalah kau Luna, sempat aku memuji diri. Okey. Nama suspek, Zaffrudin Zafran, nama samaran, R.U.D.I.N…rudin!!! Omaigod! Tradisionalnya nama mamat ni! Tak padan dengan kacak, nama kategori pak indon angkat bata. Siapalah yang kejam sangat bagi nama tu? Tapi lantaklah! yang penting muka dia sedap lagi mengoda aku pandang. Next, umur 26 tahun, anak…. yatim piatu?!!!! Biar betul!??? Di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga Tan sri Nazaruddin Mochtar. Macam kenal jer… kawan papa ni. Sedang mengambil jurusan perniagaan peringkat ijazah di ULKW…bla..bla..bla…aku dah tahu yang ni…bla..bla..makanan kegemaran…hobi.. saiz boxer.. errkk…apalah minah ni! siasat sampai ke situ pulak. Ishh! Tak suka! Apapun, esok aku akan mulakan projek “CINTA” aku. Aku yakin projek ni akan berjaya! Inikan Luna Astrea! Huhahahahhaha! Gelak ala komander perang, sampai tertidur-tidur.


Pada hari yang ditetapkankan, gerimis dengan tidak semenanya, telah turun membasahi bumi.YES! bertambah menjadilah rancangan aku, untuk meraih cinta Zafran hari ni. Tapi, mana dia? Dah hampir sejam aku tunggu kat sini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, dia akan berada kat perpustakaan setiap hari sampai pukul 4 petang kalau tak ada kelas. Tak kan dia dah balik kot. Kereta dia masih ada je, tersadai kat parking lot tu. Ehh…Tu hah..dia datang!


“ Aduh! Sakitnya!” Sengaja aku jerit kuat-kuat, biar dia dengar. Buku-buku accounting second hand yang aku beli kat pasar seni, suatu ketika dulu, ku biar berterabur diatas jalan. Dari ekor mata, aku dapat melihat Zafran berlari anak ke arah ku. Alangkah indahnya dunia. Air hujan yang membasahi wajah ini ibarat sentuhan ajaib yang mendamaikan.


“Awak okey?” Selamba dia tanya. Sezarah pun, langsung tak cuba nak papah aku berdiri. Tak kreatif langsunglah mamat ni!


“ Aduh…Saya okey, takde apa-apa. Cuma…” Belum sempat aku habis berdrama, dia memotong.


“Baguslah… Kalau takde apa-apa, saya gerak dulu. Bye!” Dengan selamba, dia berlalu pergi meninggalkan aku kebasahan dihujani kekecewaan. Tak guna punya lelaki! Hancur segala rancangan aku. Tapi, aku tak akan menyerah kalah. Esok, esok dan esok yang seterusnya, aku dengan penuh iltizam tetap berusaha meraih cinta Zafran. Pepatah ada menyebut, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jangan kata seribu, sejuta pun aku sanggup.


Namun, hari demi hari mencuba, entah mengapa hati ni retak je rasanya. Macam-macam dah aku buat, semuanya ibarat mencurah air kedaun keladi. Satu persatu rancangan aku gagal. Antaranya adalah seperti berikut, sengaja langgar Zafran, dari arah bertentangan, dan minta maaf dengan belanja dia tengok wayang. Ditolak! Aku cuba pulak ajak dia study group kat library, alih-alih dia tak datang. Geram aku hanya tuhan yang tahu! Kemudian dengan sengajanya aku pancitkan tayar kereta aku, dan minta dia hantarkan balik. Tapi dia dengan tak berperi kemanusiaannya telah call bengkel dan biarkan aku sorang-sorang tunggu si Ah seng tu tukarkan tayar. Bencinya aku!!! Pendek kata… semua usaha yang ada kat dunia ni, semuanya aku dah buat. Yang bebal bin cekodoknya si Zafran yang tak faham-faham niat ikhlas aku nak berkawan seterusnya mengikat pertalian dengannya. Aku dah tak tahu nak buat apa. Dikala sepi mencengkam diri aku teringat kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada halangan. Aku pasrah. Mungkin cinta aku pada dia hanya sampai disini sahaja. Biarlah aku pergi membawa hati yang lara terluka ini bersama cinta yang tak sempat pun bersemi. Lagu ‘Beribu Sesalan’ menjadi tema kehampaanku.
          
        On the way, aku nak meminggirkan diri jauh dari masyarakat kota, sesuatu yang tak disangka-sangka telah berlaku. Ceritanya, macam ni…Malam tu, takde kilat sabung menyabung…aku telah ke 7Eleven yang terletak 10 minit dari rumah.
“ Hai cik adik, sorang jer?” Dua orang pemuda yang sangat tak sopan menyapaku. Dahlah aku pening kepala sebab tak tidur siapkan assignment Dr. Felix. Malaun-malaun ni pulak menyibuk jer nak kacau aku. Dah jelas-jelas aku jalan sorang, maknanya aku sorang jelah! Tension lima minit kat situ.


“ Nak abang berdua temankan? Bahaya kalau perempuan jalan sorang-sorang kat kawasan ni. Banyak orang jahat tau kat sini.” Punyalah longkang bau mulut dia. Sabar jelah.


“ Takpe, takpe… saya boleh jalan sendiri. Lagipun kereta saya, depan tu aje.” Dalam rasa nak termuntah dengan bau dorang, aku mempercepatkan langkah kearah Baby Cooper aku. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Sempat aku berdoa kat situ. Masa tengah, buka pintu kereta, salah sorang malaun tu bertindak ganas menarik lenganku.


“ Apa ni, main tarik-tarik!” Jeritku memprotes. Apa? Dia ingat aku ni tali ke boleh di tarik-tarik sesuka hati. Jangan sampai aku bagi sepakan penjuru kat ‘tempat tu’ sudah. Untuk pengetahuan semua, aku pernah masuk kelab Taekwando dulu,  walaupun tak sampai sejam. Err…habislah, macam mana ni. Aku meronta-ronta minta dilepaskan.


“ Hoi! Korang buat apa ni? Lepaskan dia!” sergah satu suara yang entah dari mana datangnya. Zafran? Kau datang nak selamatkan aku? Arghhh…sudahlah Zafran biarlah aku sendiri. Dengan penuh pasrah dan kecewa aku, memalingkan wajahku dari Zafran, insan yang telah menguris hati kecilku ini. Dalam sekelip mata, berlakulah pergelutan penuh aksi diantara Zafran dan geng longkang tersebut. Dimana kemenangan telah secara agregetnya memihak kepada Zafran.


“Awak lagi? Saya ni dah macam pengawal peribadi awak je kan?.” Tiba-tiba… aku rasa macam nak sawan jer. Dia anggap aku ni menyusahkan dia ke? Aku diam. Malas nak bagi respon.


“Lain kali, kalau nak keluar pergi mana-mana pun, bawaklah sorang dua teman. Sekurang-kurangnya taklah bahaya sangat. Lagi satu, awak ni dah tak cukup duit ke nak beli pakaian yang menutup sikit? Pakaian tu, cermin peribadi. Kalau awak nak orang hormat awak, awak kena hormat diri awak dulu. Cubalah pakai pakaian yang sopan. Awak ingat dengan menunjuk-nunjuk kecantikan ni, orang akan suka kat awak ke? Pandang rendah lagi adalah.”


Panjangnya hujah dia. Aku yang tadinya cuba bersabar dah tak mampu nak tahan sakit telinga yang diselangi sakit hati. Enough is enough! “Hei.. Zafiudin..maksud saya Zafruddin Zafran! Dengar sini… pertama! Saya tak minta pun awak tolong saya kan? Kedua!  Saya memang suka keluar sorang diri, sebab saya dah biasa sorang-sorang. Kat rumah pun saya makan sorang-sorang  sebab mama dan papa selalu takde. Ada masalah ke? Ketiga! Saya tak kisah kalau orang tak hormat saya! Itu masalah dorang. Keempat! Selagi saya selesa, saya akan pakai apa yang saya nak pakai. Kelima, orang nak pandang tinggi ke, nak pandang rendah ke pada saya itu awak peduli apa? Keenam dan seterusnya! Ya saya memang suka awak, tapi itu dulu. Sekarang  saya dah tak suka awak, not anymore, never! Saya tak sangka, kesilapan yang paling besar dalam hidup saya bukanlah sebab failed subjek kajian tempatan masih darjah 5 dulu, tapi sebab suka awak yang entah apa-apa ni! Harapkan muka aje handsome tapi bodoh!” Aku sempat melemparkan wang kertas berjumlah Rm100 tanda terima kasih sebelum masuk kedalam kereta dan pergi jauh, sejauh yang mungkin dari insan yang bernama Zaffrudin Zafran.


Tolonglah… Aku tak nak menangis. Aku tak nak sedih-sedihkan diri hanya kerana lelaki yang kononya bagus sangat tu. Aku merayu, tolong halang aku dari menangis! Malangnya, yang ada kat depan, belakang, kiri dan kanan aku hanya kesepian, kesedihan dan wajah Zafran. Doremon! Mana doremon? Kenapa takde doremon kat dunia ni? Aku nak doremon. Aku nak guna mesin masa untuk ke zaman silam. Tak suka zaman ni! Tak suka zaman yang ada Zafran! Tak suka!


*****

Setahun dahpun berlalu dengan tergesa-gesanya, sebab nak habiskan cerita ni. Aku telah bangkit dari kekecewaan. Aku dah lupakan Zafran. Betul. Sekarang aku dah ada Haris. Cuma yang jadi masalahnya sekarang, papa tak suka Haris. Papa kata, Haris tak sesuai untuk aku. Apa papa tahu?
      
    Hari ni, meriah berlangsung majlis kesyukuran sempena penubuhan anak syarikat baru papa. Ramai tetamu dari kalangan ahli lembaga pengarah dan staf papa yang hadir. Aku macam biasalah, menyorok kat taman tepi rumah. Jenuh nak melayan tetamu yang datang silih berganti. Rindu pulak dengan Haris. Dah seminggu kami tak jumpa. Dia ke Sydney. Ada kerja yang perlu diselesaikan.


“ Assalamualaikum…”
Bagai nak heart attack aku dek kerana salam yang tiba-tiba dilemparkan saat aku sedang khusyuk mengelamun. Alangkah terpanahnya jiwaku ini, saat wajah itu ku amati. Tak mungkin! Zafran?


“ Maaf, saya menganggu ke?” Tak! Tak! Kau tak menganggu, kau lebih dari itu. Kenapa kau boleh ada kat sini? Soalan tu, tak terkeluar sikit pun dari anak tekak aku.


“ Luna Astrea kan? Ingat saya lagi tak?” Of courselah aku ingat! Kaulah insan yang buat jiwa aku menderita dan hidup aku tak tentu hala setahun yang lalu. Apa kau nak? Sekali lagi, aku kaku  tak bersuara.


“Okey, saya faham. Maaf sebab menganggu. Saya minta diri dulu.” Macam biasa, dia akan pergi ikut suka hati dia. Dan aku tak boleh biarkan dia pergi macam tu aja.


“ Awak dah makan?” Ya Allah, apa punya soalan yang aku tanya ni. Muka dia dah berkerut macam tempoyak Pakistan sebab keliru dengan soalan aku.


“ Err…belum lagi.” Jawabnya, teragak-agak.


“ Kat dalam ada makanan. Awak pergilah makan.” Okey…aku akan terjun dalam kolam ikan tu sekarang jugak!  


“Saya tak lapar lagi. Errmm… boleh saya temankan awak kat sini? Saya bosan kat dalam.” Dia senyum mengoda. Arghhh! Aku dah hampir cair dengan renungan matanya yang redup memukau. Ingat Haris Luna…ingat Haris!


“Tak kisah.” Aku cepat-cepat melarikan pandanganku jauh ke angkasa dimana hanya ada satu dua bintang yang nampak terdesak menerangi malam yang kelam. Sunyi. Aku tak tahu nak buka topik apa. Dia pun tak berusaha nak berbual dengan aku.


“Lama dah kita tak jumpa kan?” tanyanya berbasa basi. Aku hanya mengangguk. Rentetan dari peristiwa menguris kalbu setahun yang lalu, aku sengaja mengelak dari bertembung atau berjumpa dengannya.


“Awak marah saya lagi..ea?”


“Marah? Eh...tak adalah! Kenapa nak marah awak pulak?” Terpempan jugak aku dengan soalan cepu-cemas dia ni.


“Sebab…saya handsome, tapi bodoh???” Pandangan kami bertaut. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa geli hati. Lucu pulak bila kenang balik peristiwa malam tu. Aku akhirnya tergelak, di ikuti dia yang dah terhinjut-hinjut menahan tawa. Malunya aku! Lama kami berbual, sampai tak sedar yang majlis dahpun selesai.

          Aku ingatkan, lepas majlis tu, aku tak kan jumpa dia lagi. Rupa-rupanya, jodoh kami masih panjang. Kami dipertemukan secara tak sengaja, dalam satu projek usahasama syarikat papa dan Tan Sri Nazar. Sejak itu, hubungan antara aku dan Zafran makin rapat. Rapat sangat, sampai aku tak malu sikit pun bila kadang-kadang aku terliur masa tidur, tersendawa hipopotamus lepas makan, tertinggal cebisan cili kat celah gigi dan banyak lagi.


“ So, ini ke Haris yang awak selalu cerita tu?” Tanya Zafran padaku suatu hari, sambil menunjukan foto Haris sedang ketawa riang kat depan pintu masuk Disneyland, Hong kong. Aku menganguk teruja.


“Bila nak kahwin?”


“ Entah. Tengah tunggu dia pinanglah ni.” Aku senyum tak malu.


“Baik kahwin cepat! Makin lama bercinta, makin banyak dugaanya.Plus, awak tu dah 
tua. Dah nak expired pun. Takut nanti, Haris dah tak berselera nak tengok.” Zafran tanpa belas kasihan menghinaku.


“Amboi sedapnya bahasa, at least, saya dah ada kekasih. Tak macam awak, jangan kata kekasih, kawan perempuan pun tak ada. Nasib baik saya yang mulia ni, sudi jadi kawan awak walaupun tak rela.” Aku memulangkan paku payung kepadanya.


“ Bukan awak ke yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan saya dulu? Macam saya tak tahu…” Alamak! Dia ingat lagi ke? Baik aku lari sekarang sebelum aku menyesal tak sudah.
“Lah…baru saya ingat. Papa call tadi. Katanya ada hal mustahak nak bincang dengan saya. Saya nak kena jumpa dia ni. K bye!” Sekelip mata aku dah kat dalam lif, ketawa besar. Fuh! Selamat. Bip..bip..bunyi mesej masuk menghentikan hilai tawaku. Mesej dari Zafran?

          Cik Luna Astrea, saya tahu awak syok kat saya. Jangan cuba berdalih. Saya ada bukti! Kawan awak, Jastina Bibah yang bagi informasi tu pada saya. Bukan main taksub lagi awak kat saya dulu kan? Apa pun, saya nak ingatkan awak..you can run, but you can’t hide! LOL~’

Apa? Dia dah tahu! Tak guna punya kawan! Aku bunuh jugak budak Bibah ni karang. Arghhhhh…macam mana aku nak berdepan dengan dia lepas ni?!!!!


*****

Dipercepatkan cerita, aku telah mengidam nak makan carbonara kat restoran Delis disuatu pagi yang ceria. Kat situ carbonara dia memang tiptop! Maka, aku pun pergilah ke Delis cawangan KL bagi memuaskan nafsu mengidamku itu tanpa ditemani sesiapa. Haris masih kat Kelantan lusa baru balik. Masa nak masuk restoran, aku terperasan kewujudan Haris kat dalam restoran tu. Mulanya aku tak percaya. Aku ingat aku terlampau rindukan Haris sampai nampak roh dia berlegar-legar kat restoran tu. Bila aku tengok lagi, memang sah! Itu Haris.


Selalunya aku akan teruja bila nampak Haris. Cuma, hari tu, aku tak teruja sangat. Lebih-lebih lagi bila nampak dia dengan perempuan lain. Aku tak cepat melatah, apatah lagi nak buat fitnah. Jadi, aku duduk dan perhatikan tindak tanduk mereka dari jauh. Pelayan restoran dah tiga kali minta order. Nak jugak aku pesan air panas mengelegak dan sepinggan racun tikus bila nampak adengan romantis Haris dan perempuan tu berpeluk cium depan umum. Aku kecewa, tapi sikitpun tak sedih, tak meraung, meratapi atau meroyan. Aku bersyukur sebab ditunjukan kebenaran tentang siapa Haris sebenarnya. Betul sangkaan papa.


Sebelum keluar, aku sempat memberikan lambaian mesra disertakan standing ovation pada Haris. Walau apa jua pujuk rayu Haris, aku nekad tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia! Petang tu, aku terus maklumkan pada Zafran yang aku dan Haris secara rasminya dah takde apa-apa. Dengan harapan, Zafran boleh ceriakan aku. Masalahnya, seminggu dah berlalu, aku masih tak terima apa-apa maklum balas pun dari Zafran. Hinggalah, berita Zafran akan bertunang sampai ke pengetahuanku. Gumjandhi, setiausaha Zafran yang bagitahu. Katanya, Zafran nak bertunang dengan gadis dari Kota Kinabalu. Bestnya….


Aku gembira bagi pihak Zafran. Aku gembira sampai menangis teresak-esak. Aku teresak-esak sampai dua minggu. Entah kenapa aku pun tak tahu. Masa break dengan Haris aku taklah semerana ni. Puas mama pujuk. Tapi aku masih tak henti menangis. Mama ingat aku sedih sebab Haris curang. Kesian mama dan malangnya aku. Oleh kerana, tak nak panjangkan cerita. Aku terima lamaran anak Datuk Kamal yang aku langsung tak kenal. Aku dah malas nak fikir. Aku terlalu kecewa untuk membuat keputusan. Yang penting papa dan mama suka budak tu.


****


Setahun bergelar tunangan orang, aku belajar melupakan kenangan silam. Hinggalah Zafran yang dah lama menghilang, muncul memporak perandakan semula jiwaku.


“ Kenapa tak jemput saya ke majlis akad nikah awak esok?” Tanya Zafran selamba. Aku menyampah sambil benci dengan sikap tenangnya itu. Aku punyalah merana bila dia pergi. Boleh pulak dia buat-buat biasa depan aku!
“Mama dan papa yang uruskan semua tu, tanya dorang.” Aku pura-pura sibuk, walaupun dalam hati hanya tuhan je yang tahu.
“Owh..bukan main sombong awak ye, bertunang tak bagitahu, kahwin tak jemput.”
“Siapa lelaki bertuah tu?” tanyanya lagi bila aku diam membatu. Aku dah tak tahan! Kenapa aku kena layan lelaki yang macam chipsmore ni! Kejap ada, kejap takde! Pastu, berpura-pura ambik berat pasal aku!
“Zafran…tolonglah! Saya dah penat dengan semua ni. Awak tak payah datang jumpa saya lagi. Saya tak nak jumpa awak! Kerana awaklah, jiwa saya menderita! Saya merayu pada awak. Kalau awak nak pergi, pergi! Kenapa awak kena muncul semula dalam hidup saya? Apa yang awak nak sebenarnya?” Merembes jua air mata yang ku cuba tahan sedari tadi. Zafran terkesima. Suasana jadi sepi seketika.
“Saya minta maaf kalau kehadiran saya dalam hidup awak telah menyebabkan awak menderita. Saya tak berniat pun nak luka kan hati dan perasaan awak. Saya cuma nak awak bahagia. Kalau awak nak saya pergi, saya pergi…” Zafran beredar, setelah meninggalkan sekeping sampul putih diatas meja. Lama sampul itu kutenung sebelum isi didalamnya ku keluarkan. Ada wang kertas RM100 dalam bentuk hati dan sekeping kad kecil didalamnya. Aku membaca bait-bait yang tertulis pada kad tersebut.

Ingat lagi tak duit RM100 tu? Awak yang bagi pada saya, malam saya selamatkan awak dari 2 orang lelaki jahat 2 tahun yang lalu. Malam tu, awak mengaku yang awak suka saya. Ingat lagi tak?  Luna…saya tak nak duit tu. Yang saya nak, Cuma awak Luna…Saya rela jadi pengawal peribadi awak, tanpa bayaran. Saya cintakan awak. Terimalah saya sebagai suami dan penjaga awak buat selamanya.
–Zafran-
Zafran cintakan aku? Kenapa dia tak pernah mengaku pada aku selama ni? Kenapa sekarang baru terhegeh-hegeh nak bagi tahu!?? Disaat aku akan di ijab kabulkan esok. Semuanya dah terlambat. Kad itu ku koyakkan, biarpun hatiku menangis. Aku tidak sanggup menghampakan papa dan mama. Cukuplah aku yang terluka dan biar aku sahaja yang menanggung duka.

******************************************

Akhir Konklusi..


“Luna sayang… Bukalah pintu ni… sampai hati awak biarkan suami awak kesejukan kat luar. Derhaka tau namanya ni..”
“Padan dengan muka awak! Owh…bukan main lagi berpakat dengan papa dan mama nak kenakan saya! Kononnya tunang saya anak Datuk Kamal, sedang belajar kat UK. Patutlah bila saya nak jumpa, macam-macam alasan awak bagi! Penipu!”
“Betul apa? Mana ada saya tipu…memang saya pergi UK sambung belajar.”
“Hello… nama ayah angkat awak Nazarrudin bukannya kamal!”
“Excuse me…correction, Nazarrudin tu bapa saudara saya. Dia angkat saya  sebab dia tak ada anak lelaki. Ayah kandung saya memang Datuk Kamal.”
“Tapi…bukan awak anak yatim piatu ke?”
“Astaaghfirullahalazhim…mak ayah saya sihat lagi, Dua-dua masih hidup. Yang sarungkan cincin pertunangan pada awak, yang uruskan majlis perkahwinan kita, itulah mak saya. Mak mertua awak. Mana awak dapat cerita tu?”
“Mikki Ninnaj!”
“Ya Allah…yang awak percaya jugak, kenapa?”
“Gumjandhi kata awak bertunang kat KK…dengan orang KK.”
“Hah…fitnah lagi! Saya bertunang dengan awak. Masa tu saya tengah ada urusan kat KK. Gumjandhi salah dengar agaknya.”
“Kenapa awak tak balas mesej saya? Masa saya putus dengan Haris?”
“Sebab saya terlalu gembira sampai tak terbalas mesej awak. Dapat je mesej tu, saya terus pinang awak. Awak jer yang tak tahu.”
“ Ye ke? Kalau macam tu…I love you lah!”
“ Aik..i love you je? Takde minta ampun ke? Minta maaf ke?”
“Okey..okey…sorry….”
“Tak nak!”
“Sorrylah sayang.”
“Tak nak!”
"Alah...sorrylah..."
"Tak nak!
"Fine....tak nak sudah, tidur luar malam ni!"

-TERIMA KASIH-





No comments:

Post a Comment

SeCeBIS kATa UnTUk DiRaSa