Friday, October 23, 2009

Filter key..?? wtf!!




kawan2..pernah tak korang menekan secara constant SHIFT KEY dalam masa 8 saat sambil terbejat minda dan termerana diri disebabkan terpaksa tunggu 8 saat untuk mengaktifkan satu default keyboard yang popular dengan nama FILTER KEY?? bagi yang tak pernah mengalami situasi ini..tahniah diucapkan, tapi bagi yang pernah terjerumus dalam kancah songsang FILTER KEY ini saya tumpang simpati!! walaupun laptop korang canggih, sophisticated, mahal, dan yang lain2..jika FILTER KEY default keyboard ini di aktifkan..korang akan dengan  penuh rasa tertekan akan mendakwa tragedi tersebut adalah akibat dari perbuatan jahat malware-malware computer..


wahai Korang yang bijaksana..takde maknanya malware2 tue nak buat naya kat korang..dan korang dah terfitnah kaum kerabat virus komputer tanpa rasa kesian..sesungguhnya fitnah itu dosanya sama cam kita bunuh org..berikut adalah tujuan FILTER KEY wujud..(siapalah programmer yang free sangat sampai "Terbuat" application/tool yang memang tak boleh nak dibawa berkompromi ni!!)



  • FilterKey adalah salah satu pilihan untuk mengakses komputer melalui keyboard
  • FK wujud sekiranya anda ter "setting" beliau tanpa ilmu yang cukup
  • jika FK window feature tiba2 pop up ketika anda sedang bermesraan dengan komputer anda, jangan terlalu excited, cuba tenangkan diri dan ikut langkah2 dibawah..
  • anda mungkin sudah muak, mengantuk sebab En. FK ini memang x nak lepaskan anda dan berterusan menganggu anda..jangan pijak atau cuba patahkan skrin laptop anda!!!!!! itu tindakan yang sgt tidak bermoral.
  • Untuk pengetahuan korang, En. FK ni kebal feature nya..walaupun anda sudah menekan butang "Cancel" atau "OK" pada window beliau tersebut, tetapi ibarat berpaut di dahan yang rapuh..anda tentu akan kecewa kerana beliau masih wujud "still running in your computer system"..even kita set deactivate kan FK ni..still dia belari kat sistem..*bodor punyar program*





gambar diatas mempersembahkan default keyboard FilterKeys Windows yang telah berjaya membuatkan hidup aku yang indah jadi derita buat satu tempoh masa yang sangat menyeksakan!! merujuk gmbr tersebut, korang dapatlah mengesan arahan kat window tue menasihati pengguna komputer malang untuk mengeHOLD atau menahan atau holding butang SHIFT kanan selama 8 saat.. dan sepanjang 8 saat tu..korang sempat berdoa agar semuanya akan kembali normal..ada juga korang yang x fikir ape2 pun sbb hanya memfokuskan minda kpd masalah FK ini..dan ada juga dr korang dengan setenang air di kali mengira dari 1 --> 8 untuk memastikan keberkesanan FK ini..kesian korang masa tue..*sambil merujuk kepada diri sendiri* 


Namun..segalanya akan selesai..penderitaan dan penyeksaan anda akan hilang sejurus anda mengikuti langkah2 berikut:









  1. bagi mereka yang mengejar masa, anda hanya perlu menekan secara duet, koir, atau serentak kedua-dua butang SHIFT di kanan dan kiri keyboard. SELESAI!!! 
  2. tapi kalau nak lebih effective dan mencabar, saya menyarankan anda membuat pembaikpulihan secara manual.
  3. pergi ke CONTROL PANEL, tarik nafas dan hembuskan perlahan2 kearah selatan sebelum menekan ACCESSIBILITY OPTIONs
  4. kemudian, pergi ke accessibiliy options dan gmbr seperti diatas no2 akan keluar..maka pastikan tiada tanda betul di dalam petak kecil di semua pilihan didlm gambar
  5. tekan setting setiap pilihan,terutamanya FIilterKeys setting (sub-menu) dan pastikan ia tidak ditanda juga faham!! *emo bah tek.
  6. kemudian, tekan OK dua kali *sambil membuat demo, walaupun korang tak nampak..yang penting iklas*
  7. setelah itu, tarik nafas dan hembus perlahan2 untuk kesekian kalinya bagi tujuan melancarkan pengaliran darah dalam badan..+_+ *perluke sangat..??*











huh..dah pon selesai...itu jer untuk hari ni..selamat mencuba..^_^

4 comments:

  1. eee..apelah boring punyer entri budak ni..+_+

    ReplyDelete
  2. tp aku xda pon 'accessibility option' ya??? erk?

    ReplyDelete
  3. haha...misteria..kitak makey laptop zaman apa?? zaman batu ka atau zaman sistem barter????

    ReplyDelete
  4. acer aspire 4315. harap maklum.

    ReplyDelete

SeCeBIS kATa UnTUk DiRaSa