Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Dollar,Pound, Yen and Ringgit



If I have a million billion dollar
I’m gonna buy myself thousands and thousands of black t-shirts with no collar
Printed with the most exquisite words, one has EVER spoken to me thus far
I’m gonna have the latest sporty car, and a giant refrigerator that stores my favourite chocolate bar

If I have a million billion pound
I’m gonna build my own version of Mary Go Round
So that I wouldn’t have to feel lonely or feeling down, just in case no one is around
Knowing that worlds does not revolves around me, I have to fix my own wound, precious lesson that count

If I have a million billion trillion yen
I’m gonna construct my own ideal invention of time machine
So you and me…., whenever we miss our beloved kin, our long lost friend, or the one that got away in that pouring rain
We can just dissolve in time, to visit them, to get off from this bothersome undefined and shattering pain

If I have a million billion trillion Ringgit
I wish to formulate a reverse magical potion that can make me turn back into a sweet innocent kid
Just like Conan the detective, indeed… 
As… being a grown up is tiring and bull-shhhhhhhhhit
Sometimes, I got carried away a bit; maybe it's time for me to just shut … and sit

Only if I have a million billion dollar, million billion pound, 
yeah …only if I have a million billion trillion yen, and million billion trillion ringgit in my bank account
I could have own the entire globe, all around and seriously, no one will getting bound 

but...I guess I just dreamed a dream, and now i feel like screaming for BR1M



Sunday, October 30, 2011

My sore melody of canon in D

* Saat tengah layan lagu Canon in D, tiba2 terdetik rasa hati nak berpuisi...jadi, selamat menikmati*


Listen to the sound of love and dreams
It’s hurt in the beginning but enough I think
The half, is running through the veins
Others, Down to the cavernous streams
In it, there’s a soul
From it, loves fall
A song as it calls
Hope…holds on the wall
Cruel as it can be
When a little heart of me
Cry in agony
Blue phony symphony
Cling on to the same melody
For you and me
Not you but me
Just me
my own melancholy
My sore melody of canon in D


Wednesday, October 26, 2011

I am such...

I am such another meagre Bitter Bee
Trying to forget some random memory
OH... How I miss my one precious tree…
Poor Bitter Bee loses its tree.

I am such another man of art
Trying to fabricate some pureed heart
OH…How dear life can be damned hard…
It’s scattered apart, this brittle little heart..

I am such another salty cupcake
Trying to taste good, sweet and perfect
OH…How can it appeared so colourful and fake…
Just throw it away, like for heaven sake!




P/s: special for kitak Flo..dengan harapan ktk dpt menurunkan sedikit komen perangsang demi memertabatkan industri kecil dan sederhana besar para penganggur part-time spt kmk..^_^








Monday, October 10, 2011

Tiada dalam nampak

Masih.....
aku masih disini....
tidak seperti selalunya...
tapi aku masih bernadi...
Setia seperti hari-hari ku lalui..

Nampak macam tiada...
Dalam tiada nampak
Tiada Dalam Nampak..



Buat Lala Cinta hatiku ~~

Thursday, January 20, 2011

Surat Dari GINZA

Karya terbaru di saat kebOringan....Enjoy...=)



-->
Jalan-jalan di Ginza,Tokyo di litupi salji memutih. Udara dingin mencengkam hingga ke tulang hitam. Jam menunjukan lima minit ke pukul 8. Warga Ginza masih memenuhi taman shijoku walaupun salji sudah mulai turun semula. Dua hari tanah ini tidak menerima kehadiran salji walaupun minggu lepas, amaran ribut salji dilaporkan melanda Tokyo dan beberapa kawasan lain di Jepun.
Farish berdiri kaku memerhatikan gelagat tiga orang kanak-kanak yang berkeliaran bermain salji di hadapannya. Minggu depan dia akan ke Nagasaki memulakan tugas sebagai jurutera binaan di sebuah syarikat swasta. Beribu batu jauh dari tanah air membuatkan Farish rindu akan keluarganya di kampung halaman. Lima tahun di perantauan, menjadi tempoh yang mendewasakan baginya.
Rindu. Hanya perkataan itu mampu mendefinisikan gelojak perasaannya ketika itu. Farish mendonggak ke langit gelap, mengharapkan sinar bintang atau bulan atau apa-apa sahaja yang bisa menceriakan langit yang kelihatan sayu, kelam, lagi hitam penuh misteri. Dia memejamkan mata, dan membiarkan butir-butir salji jatuh kewajahnya. Farish senyum sendiri hingga sesekali menjemput beberapa mata memandang penuh kehairanan. Kedinginan salji membawanya mengimbau kembali kenangan bermain salji. Bukan di Ginza, bukan juga di Nagasaki, tapi di Kampung Bharu, Bentong, Pahang.
“Along……” Farish senyum lagi.
***************************************************************           
2 Disember 2010
Hari ni salji turun lagi. Bandar Tokyo seakan-akan sebuah kerajaan kayangan. Salji meliputi bangunan dan jalan-jalan di luar. Seronok rasanya dapat mengenggam butir-butir salji di Negara matahari terbit ni..
Nanti…kalau diizinkan tuhan, dapat jugak Along rasa seronok dan dingin bila salji jatuh ke wajah Along ^_^ kali ni memang salji yang betul-betul tau. Bukan lebihan ais dari kedai Uncle Chong, macam yang Along selalu buat dulu.
Owh..ya…Tadi…masa Ish kemaskan barang-barang lama. Ish jumpa kad hari jadi yang Ayah kirimkan sempena ulang tahun Ish yang ke-8. Along tahu tak? Ish dari awal-awal lagi dah syak yang kad tu sebenarnya dari Along, bukan dari ayah. Sejak mak meninggal, ayah banyak berubah. Ish ingat lagi ada perempuan datang, sebab nak bawa ayah pergi. Sejak hari tu, ayah tak pernah balik lagi kerumah. Kad tu Along bagi kat Ish, sebab nak jaga hati Ish..sebab Ish setiap hari menanggis nak jumpa ayah. Along …..kalau ye pun nak menipu, janganlah ketara sangat. Macamlah Ish tak tahu tulisan cakar ayam Along tu.
Ingat tak….Nenek pernah pesan jangan menipu. Berdosa. Tapi… Along tak pernah nak dengar nasihat nenek. Masa nenek di sahkan meninggal oleh Dr. Naqisah, Along tipu Ish lagi. Along kata ‘Nenek nak tidur lama, jangan kacau nenek’. Tapi bila Ish suruh Along bawa nenek tidur dirumah. Along asyik kata yang pihak hospital tak benarkan. Along ingat Ish ni bodoh sangat ke…tak tahu yang nenek dah meninggal.
Along …Ish akan ke Nagasaki. Minggu lepas Ish dapat tawaran bekerja kat sana. Jadi jurutera binaan. Tak sabar rasanya nak mulakan kerja. Ni semua berkat doa dan penat lelah Along selama ni. Kerana Alonglah, Ish dapat genggam ijazah kejuruteraan di Universiti Tokyo. Terima kasih Along.
Rasanya seumur hidup pun, Ish tak mampu nak balas semua jasa Along pada Ish. Maafkan Ish kalau selama ni, Ish dah menyusahkan Along. Maafkan Ish kerana Along terpaksa korbankan cita-cita Along, sebab nak jadikan cita-cita Ish satu kenyataan.
Dulu… Along selalu berangan nak jadi doktor. Nak ada rumah besar…kereta besar. Dan setiap kali Along utarakan angan-angan Along pada Ish, setiap kali itu jugalah ish akan lemahkan semangat Along. Ish akan ejek Along..hina Along..perlekehkan Along. Kenapa Along tak tampar je muka Ish setiap kali Ish kata Along Bodoh, Pekak, busuk…? Kenapa tak patahkan aja tangan dan kaki Ish setiap kali Ish tendang dan sepak terajang Along hanya kerana Along tak berikan apa yang Ish minta.
Pelik… Ish nekad nak pergi jauh tinggalkan Along. Ish malu ada abang macam Along. Along bersihkan reban ayam pak Uda, jual ikan masin dari rumah ke rumah, cuci pinggan mangkuk, cabut rumput…kalau boleh semua kerja Along nak buat. Ish rasa jijik tengok Along, sedangkan Along bangga ada adik macam Ish. Kenapa..?
 Along…ini surat pertama Ish untuk Along. Selama ni berpuluh-puluh surat Along kirimkan pada Ish, satu pun Ish tak pernah balas. Kalau boleh memang Ish tak nak ada kaitan dengan Along lagi… Cuma, kebelakangan ni, Ish rindukan Along..rindu yang teramat. Habis semua surat-surat Along Ish baca, tapi tetap…rasa rindu tak hilang jugak.
Setahun dah berlalu Along….kenapa Along tak pernah nak berterus terang dengan Ish? Along tahu tak? Kerana rindu sangat kat Along, Ish balik Malaysia 17 November tahun lepas. Along ingat tak? Memang Ish sengaja tak bagitahu Along. Saja nak bagi Surprise…Hari tu…Mak Teh yang jemput Ish kat stesen bas. Sampai je kat rumah. Ish berlari-lari cari Along. Ish menanggis macam budak kecik bila nampak Along... Ish peluk Along..Ingat lagi tak? Ish ingat Along akan pujuk Ish macam yang Along selalu buat dulu…tapi, Along diam, Along tak pujuk Ish.Along dah bencikan Ish…Ish tak boleh terima..Ish melutut depan Along.
Kata-kata Mak Teh dalam kereta, terngiang-ngiang kat kepala. Mak Teh bilang, dah lama Along menderita sakit Leukimia. Doktor dah nasihatkan Along supaya cepat buat pembedahan. Penderma tulang sum-sum pun dah ada. Tapi Along tak nak!  Tak mampu konon..sedangkan ada beribu ringgit kat dalam akaun Ish, Along kirimkan untuk Ish. Kenapa tak guna duit tu?? Along kata, Ish lebih penting dari nyawa Along sendiri. kenapa Along bodoh sangat..! Ish ingat, Ish balik, boleh bagi kejutan kat Along, tapi alih-alih Ish yang di kejutkan dengan berita pemergian Along…
Entah kenapa hati ni rasa sedih sangat… hari tu…entah kenapa senang sangat air mata ni menitis jatuh atas tempat Along di semadikan, tekak ni perit menahan kesedihan..baju seluar semua kotor sebab Ish peluk kubur Along hari tu…
Kenapa kejam sangat Along pada Ish? Kenapa Along tak bagitahu yang Along sakit? Kenapa sampai Along di semadikan pun, Ish masih tak tahu? Ish nak sangat jumpa Along… sekurang-kurangnya, biarlah Ish yang mandikan Along….kafankan Along… sembahyangkan Along, peluk cium Along, biarlah adik Along ni yang hantar sendiri jenazah Along ke liang lahad…..walaupun untuk kali yang terakhir…Ampunkan Ish, Along…Ampunkan Ish…
Surat ni khas dari Ginza untuk Along. Ish sentiasa doakan agar Along aman bahagia dalam rahmat-Nya. Kalau boleh Ish putarkan masa, Ish nak kembali ke masa kita sama-sama susah di kampung. Masa kita sama-sama memancing di sungai. Ish janji…Ish akan tolong Along jual ikan masin, Ish akan ikut kemana juga Along pergi. Ish tak akan merungut makan nasi dengan ikan bilis goreng. Ish tak akan minta apa-apa dari Along. Ish Cuma nak Along. Ish akan jaga Along sampai Along tua, macam mana Along jaga Ish setiap hari…Ish janji…


            Farish membuka mata. Kawasan taman yang tadi riuh dengan bunyi orang ramai kini kosong. Salji yang semakin lebat memaksa mereka meninggalkan taman itu. Cuma Farish sahaja masih berdiri disitu, membiarkan salji menghujaninya. Semoga salji yang turun itu mampu membawa pergi kesedihan bersama bebanan rindu yang menyelubungi jiwanya. Dan sekali lagi, dia menangis…Cuma kali ini dia tidak bersendirian.....


***
“Along..along..Dr. Naqisah kata apa? Kenapa dia tak bagi kita masuk tengok nenek? Ish nak tengok nenek! Ish nak masuk!”
“Nenek nak tidur lama, jangan kacau nenek. Nanti kalau Along dah jadi doktor , bolehlah Along rawat nenek. Tak adalah nenek sakit-sakit lagi..”
“Mana boleh!! Alongkan bodoh! Sekolah pun tidak, ada hati nak jadi doktor.”
“kan…Along bodoh tapi Ish pandai, jadi Ish kena belajar tinggi-tinggi..boleh bawa Along pergi Tokyo…macam Dr. Naqisah..boleh makan biskut beras yang sedap tu..”
“tak naklah bawa Along! Along pergilah sendiri..!”
“Kalau macam tu tak apalah..yang penting Ish Berjaya. Along gembira…Jom balik..”
“ Eeee!!! Along jangan peluk-peluk! Busuklah..!”



-TAMAT-



Monday, November 15, 2010

Mati tu Pasti

Beberapa hari yang lalu, kawan kepada Roomate aku, meninggal sebab ada ketumbuhan kat leher. Doktor tak sempat nak selamatkan atau lebih tepat, dah tertulis kat Luh Mahfuz, hari tu dia akan meninggalkan dunia yang fana ni.

Mati tu pasti...lebih pasti dari esok yang tak pasti. Sebab tu aku rasa sedih kekeciwaan sesangsat...aku bukannya takut mati. Aku cuma tak bersedia lagi. Yelah, setakat amalan baik yang sebesar Zarah di bahagi tujuh keturunan, apalah sangat kan? Lainlah korang yang pastinya manusia yang baik2 belaka...

Tapi..Allah tu maha pengasih, lagi Maha Penyayang..setiap saat kita di beri peluang memperbetulkan diri kita. Jadi, since kita masih bernyawa, masih boleh bergerak, berjalan, berkata-kata, beribadah dsbnya..jomlah sama-sama mengumpul amalan untuk membeli tiket ke Syurga. T^T AL-FATIHAH. Buat semua saudara kita yang sudah kembali ke rahmatullah...

Dan terimalah..Lukisan dibawah yang bertemakan Bicara Seekor Badak Air yang sedang DOWN...+__+



Jalan Menuju Illahi


Senja Yang Mendamaikan..ker?


Musim Luruh dihatiku...



Saturday, September 25, 2010

Lukisan Gambaran Hati

Setelah bosan yang nauzubillah..membaca nota subjek Analisis dan rekabentuk berorientasikan objek, aku dengan penuh iltizam telah melukis lukisan dibawah..bermula dengan objek awan...hingga akhirnya penuh satu kertas lukisan...tema lukisan rujuk tajuk entri =)

Dari sudut pandangan serong masyarakat M'sia


Dari pandangan Mata kasar seorang aku.

Dari sudut pandangan zaman "Ibu Mertuaku"

Warna Penegasan cuba ditegaskan:P

Nama saya (25 September 2010)

Decipher project...Mesej kurang jelas sebab time nih tengah serabut-serabat +_+