Monday, January 18, 2010

Cinta Pergi....



kenapa menipu..?? 
kenapa tak nak terus terang...??
kan lebih senang..
biar sakit sebab tahu kenyataan.. 
bukan sakit sebab tahu kebenaran..


kenapa nak cari alasan...
tak nak lagi teruskan..
sebab kalian tak sama haluan...??
sebab nak kejar pelajaran...??
sekadar alasan nak tagih kasihan..


wahai teman..
punya hati dan perasaan..
sudahlah berhenti dari menyakitkan...
segalanya nyata sudah terbuktikan..
demi bahagiamu..
sanggup kau dustakan...




Teman...
yang memungkiri,
ya...
Kau tidak pernah bersalah,
Kau hanya kalah dengan perasaan mu,
Bagaimana harus kau halang CINTA itu dari terus Mekar..?
Kau hanya Insan biasa..
Kau Adam yang Sentiasa mendambakan Cinta Si Hawa..


Tapi...
Bagaimana pula Hati dia yang telah kau Guris..
Kau beri Harapan..
dan kau juga yang menghancurkan...
Jawablah wahai teman yang memungkiri..
jawablah sendiri..
kerna aku tidak mampu lagi..
melihat dia disakiti untuk kedua kali..




Temanku...
Yang Memahami..


maafkanlah dia...
Mungkin..Cintanya bukan Untukmu..
Biarlah dia Bahagia..
jika benar kau Mencintainya..
aku yakin temanku..
Kau mampu hidup tanpanya...
Dulu Kau telah Bisa menerima kepergiannya
walaupun alasannya buat kau sendiri terluka..
berhentilah dari bermimpi..
Simpan saja pemberiannya usah kau tenung lagi..
mengapa kau berdiam diri..??
Menanggislah wahai temanku..
menanggislah..
menanggislah jika itu yang bisa buat kau bahagia..
biar kepedihan itu pergi bersama air mata..
biar nanti kita mampu warnai pelangi
hari-hari kita...
ambil masamu temanku..
aku akan sentiasa menunggu...






Suatu hari nanti....jika kalian bertemu...
katakan padanya...


Teman ku yang memungkiri:
wahai insan yang pernah aku sayangi..
carilah kebahagiaanmu..
......
kau terlalu baik untuk lelaki seperti ku..
bagi setiap kesedihanmu,
bagi setiap derita yang ku beri padamu..
apa saja... 


maafkanlah aku....


Temanku Yang Memahami:
wahai insan yang pernah aku cintai..
cintamu bukan untukku 
tapi untuk dia..
jika bersamanya buat kau bahagia..
maka aku rela..
pergilah kau bersamanya..
jangan kau sakiti dia..
..................
Kau lelaki yang baik...
sepanjang kita bersama..
aku pernah bahagia...
aku pernah rasai cinta..
sedetik bersamamu buat hari-hariku ceria...


Kerna itu..aku memaafkanmu..






:::THE END:::















4 comments:

  1. kerana itu, aku memaafkannya. tidak ada rasa benci. tidak punya ruang untuk merindu kerana rindu itu hanya tinggal sejarah. yg pernah mewarnai hatiku.

    ReplyDelete
  2. T_T

    tracy.....
    biarlah..
    jadi sejarah..
    teruskan hidupmu......

    ReplyDelete
  3. lemas nyawaku baca puisi kawu lela.... sejak bila ko bersajak tok?

    ReplyDelete

SeCeBIS kATa UnTUk DiRaSa